Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
J: Tidak
perlu membeli kad SIM baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang
sedia ada / yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.
Soalan 2: Adakah saya boleh menggunakan nombor MNP (Nombor yang sudah ditukar servis ke telco lain)?
J: Anda tidak dibenarkan mendaftarkan nombor MNP / nombor yang sudah
ditukar servis ke telco lain seperti asalnya nombor Maxis telah ditukar
menjadi telco Celcom dan mendaftar dimana-mana server. Jika anda
mendaftarkan nombor MNP, kami bimbang ia akan merumitkan keadaan server
untuk membaca data penghantaran anda ke server.
Soalan 3: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar atau mendapatkan komisyen?
J: Tidak. Pihak kami hanya memerlukan maklumat ringkas mengenai butir
peribadi anda seperti Nama, Negeri, No.Telefon dan pengesahan pembayaran
sahaja. Komisyen akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke
akaun bank.
Soalan 4: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
J: Ya. Server boleh melakukan jualan lebih daripada sekali.
Walaubagaimanapun, anda boleh melakukan jualan nombor dan jumlah jualan
yang sama selepas 2 jam berikutnya.
Soalan 5: Jika saya tersalah memasukkan nombor telepon pelanggan ketika topup, dapatkah ia ditarik balik?
J: Tidak. Jika
anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus
berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, pihak syarikat
tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami.
*Pastikan nombor telepon pelanggan yang membeli topup adalah tepat sebelum hantar ke server (double check).
Soalan 6: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
J: Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah,
tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda
ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi
membolehkan anda membuat jualan topup.
Soalan 7: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
J: Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Soalan 8: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
J: Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang
daripada 120 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan
diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya
atau gagal. Faktor-faktor kelewatan dan kegagalan mungkin berpunca atas
beberapa sebab samada dari server atau pusat telco.
Soalan 9: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai agen topup?
J: Boleh tapi kami tidak galakkan. Tidak ada masalah kerana kami juga
menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid
Maxis/Celcom/Digi/UMobile. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk
tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga. Cuma membimbangkan akan
cas SMS yang akan anda hantar ke server jauh lebih tinggi kos berbanding
jenis prepaid, yang mana prepaid dapat mengaktifkan nombor penjimatan
seperti 8pax/activ10/Digi Friends dan sebagainya.
Soalan 10: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan/tahunan?
J: Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas
tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan mahupun
tahunan. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila/ seumur
hidup.
Soalan 11: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 3 jam, bagaimana?
J: Semak semula SMS yang anda hantar ke server. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul.
* Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul. Sila hubungi
talian HELPLINE jika anda mengalami masalah modal tak masuk.
Soalan 12: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai?
J: Boleh. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.
TERIMA KASIH.
Soalan 13: Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan agen?
J: Tidak. Yuran yang anda dapat daripada pendaftaran downline adalah
milik anda sepenuhnya. Cuma pihak pendaftaran akan potong modal anda
RM10 untuk setiap seorang pendaftaran egen.
Soalan 14: Saya melakukan tambah modal selepas jam 10 malam. Apa yang perlu saya lakukan?
J: Jika anda telahpun bank-in/transfer wang ke akaun Tambah Modal
syarikat, sila hantar Format SMS bukti tambah modal pada keesokan hari
selepas jam 9 pagi. Modal anda hanya akan diproses pada waktu 9 pagi - 7
malam.
Soalan 15: Adakah sistem topup ini dipercayai?
J: Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya
mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami
tidaklah mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda
menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli
topup Celcom RM5 dan anda bayar RM5.
Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM5 tapi hanya
perlu bayar RM4.50. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat
membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan
dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan
telefon bimbit anda.
No comments:
Post a Comment